Friday, December 11, 2009

TUGASAN PRA- PROGRAM: LAGU XPERT (KE-2)

SALAM.


Lagu tema ke-2 XPeRT berjudul "Ikatan Ingatan" (lirik telah dikirim sebelum ini) boleh didengar di Youtube (beserta lirik). Klik ke pautan ini:

http://www.youtube.com/watch?v=GpvgYCsE1Gs


Lagu ini mempunyai tiga rentak dalam satu lagu dan agak mencabar. Ia perlu dinyanyikan dengan lebih bersemangat kerana rentak asal adalah march. Semasa rakaman iramanya dilembut dan diperlahankan sedikit untuk memudahkan peserta/pendengar mengikutinya.

Satu lagi lagu tema program ini adalah seperti dibawah :

Remaja Islah Umat Ini


Lagu/Lirik: Iman Tsauban


Langkah gagah kami aturkan

Yakin maju ke hadapan

Demi Maha Pencipta

Kami tempuh segala

Keimanan tebal di dada

Ibadah latihan jiwa

Akhlak terpamer indah

Kami remaja mulia

(korus)

Pada ayah bonda

kami mohon restumu

agar kami tetap di landasan kebenaran

Pada teman-teman

Ayuh! Kita bergandingan!

Generasi rabbani pengislah umat ini

Allah! Allahu Rabbi!

Menjadi matlamat kami

Hidup mulia mati syahid

Impian kami semua

(ulang mulai korus)

Hidup mulia mati syahid

Impian kami semua!

No comments:

Post a Comment