Tuesday, December 15, 2009

Jumlah Peserta

Salam..

Mengikut maklumat pendaftaran terakhir yang kami terima, keseluruhan peserta Xpert 2009 ini adalah seramai 72 orang. Dan pecahannya adalah seperti berikut :

1) Johor = 13 orang
2) Penang = 11 org
3) Selangor = 8 orang
4) Terengganu = 5 orang
5) Kuala Lumpur = 11 orang
6) Kelantan = 8 orang
7) Perak = 8 orang
8) Melaka = 7 orang
9) Pahang = 2 orang

Dari maklumat di atas, terdapat beberapa negeri atau pesertanya akan datang awal mulai malam ini :

1) Pahang - dijangka sampai jam 8 malam
2) KL - Dijangka sampai jam 9 malam
3) Johor - Dijangka sampai jam 12 malam
4) Penang - Dijangka sampai jam 6 pagi

Bagi negeri negeri lain, sila malumkan kepada Pengarah 014 2305654 waktu anda dijangka sampai ke Melaka. Insyaallah kami akan cuba membantu memudahkan urusan anda semua.


Bagi memudahkan urusan para peserta yang sampai awal, insyaallah pihak kami akan cuba menempatkan mereka sementara di beberapa lokasi yg telah dikenal pasti.

Bagi mereka yang akan sampai sebelum atau sesudah Subuh esok, kami mencadangkan agar terus ke Masjid Al Azim atau Masjid Negeri yg terletak tidak jauh dari tempat pendaftaran. Anda semua boleh mandi, solat Subuh dan bersiap sebelum mendaftar di Pusat Tusyen PSI.

Pastikan anda semua berhati hati dalam perjalanan dan banyakkan doa sepanjang pemusafiran itu nanti. Doakan agar Allah menjaga keluarga yang kita tinggalkan serta doakan keselamatan diri serta doakan juga agar program ini berjalan seperti yang dirancang.

Bertemu kita semua di Melaka, Dunia Warisan Dunia...

No comments:

Post a Comment